Thursday, 14 August 2014

Kamus Peribahasa
Dibakar tak Hangus, direndam tak basah.
Maksudnya:
Sangat berkuasa, tidak mudah dikalahkan

Naik seperti semut, turun seperti ribut
Maksudnya:
Untuk berjaya memang lambat, untuk gagal sangat cepat

Hendak terbang tiada bersayap, hendak hinggap tiada berkaki
Maksudnya:
Inginkan sesuatu tetapi tidak berdaya

Tuesday, 12 August 2014

Definisi Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer ialah pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer. Perisian kursus melibatkan perisian yang menggabungkan elemen-elemen seperti video, audio, teks, grafik dan animasi untuk menyampaikan pengetahuan serta mewujudkan aktiviti pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Kebaikan PPBK

1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.
2. Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran.
3. Melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil dan bahaya untuk dibuat.
4. Membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum serta masa interaksi dapat dijimatkan.
5. Menggunakan pelbagai media yang dapat merangsang deria-deria mereka.
6. Mengulangi pembelajaran sekerap yang diperlukan.
7. Mengawal perjalanan perisian kursus dan memilih bahagian-bahagian yang difikirkan perlu.
8. Memberi maklum balas serta merta terutama dalam PPBK latih tubi atau penilaian

Fungsi Bahan Bantu Mengajar

Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam Bahasa Melayu dan sastera. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menggariskan beberapa perkara berkenaan Bahasa Melayu antaranya “Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan...” (Yahya Don, 2005). Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali gus menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan bahawasanya pembelajaran Bahasa Melayu adalah membosankan.