https://app.box.com/s/zk084j2kbtnlpp09zola
Kata Ganti Nama.
KATA GANTI NAMA DIRI
1. Maksud
Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.
2. Jenis:
Terbahagi kepada 3 jenis:
a. Kata Ganti
Nama Diri Pertama (penutur).
b. Kata Ganti
Nama Diri Kedua (pendengar)
c. Kata Ganti
Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)
3. Bilangan penutur / pendengar:
a. Tunggal
(seorang)
b. Jamak
(lebih daripada seorang)
4. Golongan pengguna:
a. Masyarakat
Moden
b. Masyarakat
Melayu Lama (klasik)
c. Masyarakat
Istana / Bangsawan
5. Contoh Kata Ganti Nama Diri
a. Kata Ganti
Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.
Kata Ganti Diri Pertama
|
Penggunaannya
|
aku
(tunggal)
|
Digunakan apabila bercakap
dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)
|
saya
(tunggal)
|
Digunakan apabila bercakap
dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
|
hamba
(tunggal)
|
Digunakan untuk membahasakan
diri sendiri pada zaman dahulu.
|
patik
(tunggal)
|
Digunakan oleh rakyat apabila
bercakap dengan raja atau sultan.
|
beta
(tunggal)
|
Digunakan oleh raja atau
sultan apabila bertitah kepada rakyat.
|
kami
(tunggal)
|
Digunakan pada diri orang yang
berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
|
kita
(tunggal)
|
Digunakan pada diri sendiri
dengan menyertakan diri orang kedua.
|
b. Kata Ganti
Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.
Kata Ganti Diri Kedua
|
Penggunaannya
|
anda
(tunggal dan jamak))
|
Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan
dengan kita.
|
awak
(tunggal)
|
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita.
|
engkau
(tunggal)
|
Digunakan untuk diri orang
kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
|
Tuan
hamba (tunggal)
|
Digunakan untuk diri orang
kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti
diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua)
|
tuanku
(tunggal)
|
Digunakan apabila bercakap
dengan raja atau sultan.
|
kalian
(tunggal)
|
Digunakan untuk beberapa orang
yang diajak bercakap.
|
kamu
(tunggal dan jamak))
|
Digunakan untuk diri orang
kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
|
c. Kata Ganti
Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang
yang
diceritakan halnya tidak hadir)
Kata Ganti Diri Ketiga
|
Penggunaannya
|
baginda
(tunggal)
|
Digunakan untuk putera-puteri
raja, raja atau sultan.
|
beliau
(tunggal)
|
Digunakan untuk orang yang
kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.
|
Dia
dan ia (tunggal)
|
Digunakan untuk orang yang
umum seperti orang biasa dan rakan.
|
mereka
(tunggal)
|
Digunakan untuk orang yang
bilangannya lebih daripada seorang.
|
6. Bentuk kesilapan:
SALAH
|
BETUL
|
“Kami tidak harus
mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.
|
“Kita tidak harus
mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Muthi kepada Azrul.
|
Kereta itu sungguh mahal
kerana ianya diimport dari Jepun.
|
Kereta itu sungguh mahal
kerana diimport dari Jepun.
|
Beliau diberkas kerana terlibat
dalam kes penipuan.
|
Dia diberkas kerana terlibat
dalam kes penipuan.
|
“Hamba mohon maaf atas
kesalahan hamba,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
|
“Patik mohon maaf atas
kesalahan patik,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
|
Kakitangan syarikat ini
sedia menolong engkau.
|
Kakitangan syarikat ini
sedia menolong anda.
|
Saya ingin berjumpa dengan ia.
|
Saya ingin berjumpa dengannya.
|
Mereka-mereka sedang bermain bola di
padang.
|
Mereka sedang bermain bola di padang.
|
7. Ringkasan:
Kata
Ganti Nama Diri
|
Tunggal
|
Bilangan
Banyak / Jamak
|
Diri Pertama (penutur)
|
aku
saya
patik
hamba
|
kami
kita
|
Diri Kedua (pendengar)
|
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
tuan
hamba
|
awak
semua
kamu
semua
saudara
sekalian
saudari
sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda
semua
kalian
|
Diri Ketiga (orang yang
diceritakan halnya)
|
Dia
Ia
Beliau
Baginda
|
mereka
|
KATA GANTI NAMA DIRI
KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
1. Maksud:
Kata ganti nama diri yang telah disingkatkan.
2. Contoh:
Kata
Ganti Diri Pertama
|
Penerangan
|
Ayat
Contoh
|
kau
|
Asal daripada kata ‘engkau’.
Digunakan pada awal kata yang dirapatkan dengan kata yang menyertainya.
|
1. “Surat ini hendaklah kaubaca,”
pinta Encik Hazim.
2. Lukisan yang kaulukis
sangat cantik sekali.
|
ku
|
Asal daripada kata ‘aku’.
Digunakan pada awal atau akhir kata yang ditulis rapat.
|
1. Kata Dina, “Lagu ini kutujukan
untuk Shida yang berada di Johor.”
2. “Aduh, sakitnya kakiku!”
kata Dol.
|
mu
|
Asal daripada kata ‘kamu’.
Digunakan pada akhir kata sahaja.
|
1. Hasratmu akan aku tunaikan.
2. “Adikmu pandai menyanyi,”
kata Zuraini kepada Syafiqah.
|
nya
|
Asal daripada kata ganti nama
diri ketiga (dia). Digunakan pada akhir kata sahaja.
|
1. Kakaknya menuntut di luar
negara.
2. Setiap kesalahan akan
menerima balasan daripada-Nya.
|
3. Bentuk kesilapan
a. Tidak
ditulis rapat kata ganti nama diri singkatan dengan kata yang menyertainya.
SALAH
|
BETUL
|
“Warna apa yang kau
minati?” tanya Azim kepada Syafiq.
|
“Warna apa yang kauminati?”
tanya Azim kepada Syafiq.
|
“Kawan ku ini berasal dari
Sabah,” kata Arif kepada Sayuti.
|
“Kawanku ini berasal dari
Sabah,” kata Arif kepada Sayuti.
|
b. Tidak boleh
menggunakan kata singkatan sebagai subjek ayat.
SALAH
|
BETUL
|
“Mu berdua tidak bekerja
hari ini?” tanya Enzik Azwan.
|
“Kamu berdua tidak bekerja
hari ini?” tanya Enzik Azwan.
|
“Kau belum mandi lagi,
Man?” tanya ibu kepada Rosman.
|
“Engkau belum mandi lagi,
Man?” tanya ibu kepada Rosman.
|
c. Tidak
menggunakan tanda sempang dan huruf besar bagi kata singkatan berkaitan dengan
Tuhan.
SALAH
|
BETUL
|
Ya Allah, aku memohon
keampunanmu.
|
Ya Allah, aku memohon
keampunan-Mu.
|
Tuhan akan sentiasa
mengampunkan dosa hambanya.
|
Tuhan akan sentiasa
mengampunkan dosa hamba-Nya.
|
No comments:
Post a Comment