SEJARAH
SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Al Huda telah siap dibina sepenuhnya pada April
2000. Sekolah ini mula beroperasi pada tanggal 3 Januari 2001 di bawah pimpinan
En. Kamaruddin Bin Abu Hassan selaku Guru Besar dan beroperasi pada sesi pagi
sahaja.Semasa pembukaan pada 3 Januari 2001, bilangan guru adalah seramai 19
orang. Kakitangan sokongan pula ialah seramai 4 orang dan murid seramai 384
orang.SK Al Huda yang lokasinya terletak di Jalan Bukit Kempas 4/2 Taman Bukit
Kempas, Johor Bahru iaitu hanya kira-kira 15km dari Pusat Bandaraya Johor
Bahru. SK Al Huda juga berhampiran dengan SK Taman Anggerik, SK Taman Impian
Emas dan SMK Taman Impian Emas.Pada awal pembukaan, sekolah ini mempunyai 10
buah kelas Tahun 1 Arif, Tahun 2 Arif, Tahun 3 Arif, Tahun 4 Arif, Tahun 5 Arif
dan Tahun 6 Arif termasuk 2 buah kelas Pra Sekolah dan 2 buah kelas Pendidikan
Khas.Sejak penubuhannya sehingga kini, SK Taman Bukit Kempas telah ditadbir
oleh 7 orang Guru Besar iaitu bermula dengan En Kamaruddin bin Abu Hassab
selaku Guru Besar yang pertama. Diikuti pula dengan En Osman bin Mon, Pn Hjh
Zainab bt Ahmad, En Ibrahim bin Ali dan terus mengorak langkah di bawah
pimpinan Pn. Hajah Latiffah Binti Sulaiman. Pada tahun 2013, En. Azhari bin
Samsuri diberi tanggungjawab untuk menerajui SK Al Huda. Selepas pertukaran
beliau ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor, sekolah ini ditadbir pula oleh Pn.
Sharipah Binti Mansor.
OBJEKTIF
- Peratus kelulusan semua peperiksaan mencapai 80%
- Mencapai Kedudukan sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam semua pertandingan disertai pada peringkat zon
- Membimbing murid ke arah sahsiah dan disiplin yang cemerlang
FALSAFAH
- Bahawasanya murid sekolah ini mempunyai kebolehan dan potensi yang boleh dimajukan dan dipertingkatkan
- Bahawasanya para pendidik sekolah ini berpengetahuan, bersemangat, cekap dan profesional untuk memberi pendidikan yang sempurna dan menyeluruh untuk memajukan murid-murid di sekolah ini
- Bahawasanya kemudahan yang ada di sekolah ini dan tenaga penggerak dapat digembleng sepenuhnya untuk memajukan murid-murid agar dapat memberi sumbangan yang positif kepada negara
- Bahawasanya pendidikan adalah satu proses berpanjangan yang memerlukan komitmen daripada ibu bapa, anggota mayarakat, guru-guru serta murid-murid sendiri.
Lencana Sekolah
Lencana Sekolah adalah melambangkan
identititi sekolah. Lencana ini telah direka sebegitu rupa kerana menunujukkan
kepentingan dalam semua bidang pendidikan. Warna merah melambangkan keberanian
dalam menghadapi segala cabaran yang datang. Warna biru pula melambangkan
perpaduan menjadi teras perjuangan dalam mencapai kecemerlangan. Manakala warna
kuning menceritakan bahawa agama adalah sangat penting bagi memandu kehidupan
setiap murid agar tidak terjerumus ke lembah yang hina.
Di bahagian tengah lencana ini, bulatan berwarna
biru menunjukkan betapa pentingnya kemahiran di dalam kehidupan sehari-hari.
Manakala bentuk buku itu pula menggambarkan betapa buku itu sangat penting
dalam pembentukan insan berilmu dan berpengetahuan. Bulatan lima yang
bercantum itu pula menerangkan bahawa bidang kokurikulum juga adalah sama
penting di dalam menaikkan nama sekolah.
No comments:
Post a Comment