SAJAK
SEMANGAT ANAK MERDEKA.
Tatkala laungan merdeka
aku
terkasima dan terpana
dek celah kehidupan Sejarah
tersimpan
suatu cerita.
Yang
tertarik ceritera luka air mata
titis-titis
darah merah
nenek moyang
zaman berzaman
perjuangkan
negara tercinta.
Kita anak
watan
usah dipunahkan
apa yang
direncana.
Wahai anak
bangsa
demi cinta
yang hakiki
melaut kasih
pada harmoni
bangkit dari
mimpimu
pejuangkan
keharmonian nan abadi.
Kita anak
bangsa
titipkan
kata-kata
bahawa kita
anak merdeka.
Nukilan:
Huda 79
SELOKA
Terima Kasih Perwiraku.
Lembayung
senja diufuk barat,
Indahnya
nian tiada kata,
Sambutan
Merdeka sentiasa terpahat,
Di sini
lahirnya sebuah cinta.
Burung
serindit mencari makan,
Terbang
bebas di udara,
Sejarah negara usah lupakan,
Tanda
kecintaan pada Negara.
Tampan
pemuda dengan turban,
Amat cocok tika
disisipkan,
Sayang
Malaysia kita berkorban ,
Jalur
Gemilang kita kibarkan.
Merah delima
cincin suasa,
Merah lagi
biji saga,
Terima kasih
pejuang bangsa,
Keranamu ku
rasa bangga.
GURINDAM
Apa yang dibangga
Hiba sungguh rasa dihati
Budaya asing kau ikuti.
Bahasa asing kau agungi
Bahasa
sendiri kau caci.
Pemikir barat disanjungi
Tokoh Negara tidak disenangi.
Jenama luar dalam simpanan
Jenama tempatan dipulaukan.
Muzik k-pop berkumandang
Muzik tradisi tidak dipandang.
Itulah dia kesan jajahan
Sampai kini jadi taruhan.
No comments:
Post a Comment