Definisi Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer ialah pengajaran atau
pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang
dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer.
Perisian kursus melibatkan perisian yang menggabungkan elemen-elemen
seperti video, audio, teks, grafik dan animasi untuk menyampaikan
pengetahuan serta mewujudkan aktiviti pembelajaran yang sesuai dan
berkesan.
Kebaikan PPBK
1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.
2. Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran.
3. Melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil dan bahaya untuk dibuat.
4. Membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada
pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum serta
masa interaksi dapat dijimatkan.
5. Menggunakan pelbagai media yang dapat merangsang deria-deria mereka.
6. Mengulangi pembelajaran sekerap yang diperlukan.
7. Mengawal perjalanan perisian kursus dan memilih bahagian-bahagian yang difikirkan perlu.
8. Memberi maklum balas serta merta terutama dalam PPBK latih tubi atau penilaian
No comments:
Post a Comment